GambirMall-Close-Poslaju
Tarikh Pengeposan Untuk Serahan Sebelum Tahun Baru Cina 2018
13/02/2018
GambirMall-Pos
Tarikh Pengeposan Untuk Serahan Sebelum Hari Raya Aidilfitri 2018
07/06/2018

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2018 dari Kuat Mall

Box_Gambir-Mall-Iklan-Raya-Melayu
Kuat-Mall-Hari-Raya-2018

Selamat Hari Raya Aidilfitri diucapkan kepada muslimin dan muslimat di Malaysia. Sempena kedatangan Hari Raya 2018, kami dari Kuat Mall berbesar hati untuk mengadakan PROMOSI kepada seluruh rakyat Malaysia tidak kira agama dan bangsa. Kami menawarkan harga yang lebih jimat daripada harga sebelum ini. Jadi, kami menyarankan anda untuk tidak lepaskan peluang yang terhidang ini.

 

Sementara itu, dalam kita sibuk dengan persiapan hari raya di akhir ramadan, jangan pula kita lupa pada Yang Esa. 10 Ramadan terakhir merupakan malam yang sepatutnya kita penuhkan masjid dan beribadat untuk mendapatkan malam lailatul qadar. Hal ini demikian kerana, malam lailatul qadar adalah malam yang terbaik daripada 1000 bulan. Jadi, janganlah kita mensia-siakan ganjaran yang terbesar daripada Yang Esa ini.

 

Dalam pada itu, sempena Hari Raya Aidilfitri ini kami, di kuatmall.com telah pun mengadakan promosi sempena hari raya. Kepada pelanggan setia kami, anda boleh melayari laman web www.kuatmall.com untuk tempahan dan maklumat lanjut. Promosi hanya terhad sehingga 21 Jun 2018 sahaja. Jadi, mohon rakan-rakan rebut peluang ini dengan sebaiknya sebelum tarikh promosi tamat.

 

Seterusnya, sempena permulaan raya ini, ramai di antara rakan-rakan yang telah mengambil cuti untuk menyelasaikan segala persiapan hari raya dan ada juga yang sudah pulang ke desa. Lantaran itu, kami di kuatmall.com ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat membeli belah kepada rakan-rakan, berjimatlah dalam membeli kerana amalam berjimat itu adalah tuntutan daripada agama Islam sendiri dan berhati-hatilah di jalan raya. Jangan biarkan anda dan keluarga anda berada di dada akhbar dan televisyen Malaysia. Anda mampu mengubahnya.

 

Kepada pengguna jalan raya, semoga memandu dengan berhati-hati dan jangan lupa membuat persiapan raya sebelum pulang ke kampung halaman. Pihak gambir emas juga ada mengemaskini billboard terbaru disepanjang lebuh raya. Jangan lupa jeling-jelingkan lah yer. Bagi yang memandu memandulah dengan cermat di lebuh raya. Pandu cermat jiwa selamat.

Akhir kata kami dari kuatmall.com, mengucapkan selamat bercuti kepada semua. Terima kasih juga diucapkan kepada  pelanggan dan pengguna setia kami, kerana menyokong sepenuh hati. Tidak dilupakan juga kepada ejen-ejen yang berkhidmat untuk menyampaikan produk kami kepada anda dengan sepenuh hati. Jika ada silap dan salah kami di kuatmall.com memohon seribu ampun dan maaf jika ada terkasar bahasa, terlewat hantar barangan kepada anda atau lain-lain kesilapan yang disengajakan mahupun tidak. Yang sempurna hanyalah Tuhan dan kami hanyalah insan yang kerdil. Kami di kuatmall.com sekali lagi mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri 2018 dan maaf zahir dan batin, semoga kita semua terus berjaya dan bertambah maju pada tahun ini.

CNY HUAT SALE!!!